
ahad lepas aku join kursus amali sembelihan yg dianjurkan balai islam kolej kediaman kinabalu. alhamdulillah dapat byk bende baru. di sini aku nak share dgn sesiapa yg xde kesempatan nak join tempoh hari. sebelum itu, the basics. hehe.
Pengertian :
sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang darat yang halal di makan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang supaya halal dimakan.
Hukum:
hukum sembelihan adalah wajib supaya haiwan itu halal dimakan.
haiwan yg tidak disembelih mengikut hukum islam diistilahkan sebagai bangkai.
Dalil;
Firman Allah yg bermaksud:
"Makanlah dari apa2 yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar2 beriman kepada ayat-ayat-Nya". surah al-an'am:118
"Dan janganlah kamu makan dari apa2 yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia suatu kedurhakaan". surah al-an'am:121
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikkablah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkan cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu."
Rukun:
Penyembelih
- islam. lelaki, perempuan atau kanak2 yg mumayyiz. hukum perempuan menyembelih: makruh.
- ahli kitab samaada yahudi atau nasrani
- berakal
- tidak berada dalam ihram, bg binatang buruan
Binatang yang disembelih:
binatang yang halal itu segala jenis binatang yg baik dan tidak mendatangkan sbrg mudarat kepada org yg memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.
Alat penyembelihan:
- Alat yg tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang tersebut sprti pisau parang dan lain2.
- alat itu tidak boleh diperbuat dari kuku, gigi, tulang dan sebagainya.
Tempat yg disembelih:
tempat yg disembelih iaitu halkum {saluran pernafasan} dan urat marih {salur makan dan minuman} serta kedua2 urat leher bg binatang yg senang disenggarakan. bg binatang yg tidak dapatt disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti binatang buruan maka bolehlah disembelihpada mana2 bahagian anggotanya untuk mematikannya dgn syarat niat menyembelih.
Syarat sah sembelihan:
- dilakukan org islam atau ahli kitab
- dgn niat kerana Allah
- haiwan masih hidup ketika disembelih
- haiwan itu halal dimakan
- alat tajam selain kuku, tulang dan gigi.
- putus halkum dan urat marih dgn sebab sembelihan
- mati dengan sekali sembelihan sahaja
- tidak dilakukan selain kerana Allah
- tidak dilakukan dalam ihram[binatang buruan]
Sunat sembelihan:
- baca bismillahirohmanirrahim
- haiwan dihadapkan ke arah kiblat
- berselawat ke atas nabi
- memutuskan urat kiri dan kanan supaya cepat mati
- pisau yg tajam
- haiwan dibaringkan atas rusuk kiri
- penyembelihan dilakukan dgn segera
Hikmah sembelihan:
- menunjukkan perbezaan yg nyata antara org islam dan bukan islam dalam sial mematikan binatang.
- supaya haiwan itu tidak mengalami kesakitan yg tersiksa ketika sembelihan kecuali dalam waktu yg singkat.
- untuk membezakan daging yg halal dimakan dan yg haram dimakan org islam
- supaya darah dlm haiwan itu mengalir dengan cepat. dengan ini dapat dielakkan sbrg kuman yg mungkin ada dalam darah tersebut.
- supaya roh haiwan yg bersama darah tidak meresap masuk dalam tubuh pemakannya
- sebagai meminta izin dari Allah kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah yg hiduo dan bernyawa.